
Sentuhan mewah pada sarapan klasik dengan keenakan Oreo.

OREO ialah dua keping biskut coklat rangup yang mengapit krim lembut di tengah. Menghubungkan dunia melalui keseronokan, satu putaran, satu jilatan, dan satu celupan pada satu masa.
Ia bermula dengan satu idea mudah — dua kepingan wafer coklat, isian krim yang kaya, dan satu ritual yang akan menyatukan pencinta biskut di seluruh dunia. Pada 6 Mac 1912, OREO dilahirkan di New York City, dan dicipta oleh National Biscuit Company (kemudian dikenali sebagai Nabisco). Dari sekadar biskut sandwic biasa, OREO kini menjadi biskut paling laris di dunia — dinikmati di lebih 100 negara termasuk Malaysia.



Pada tahun 1912 ketika dunia sedang berubah dengan pantas, terdapat sebuah kedai roti di Manhattan yang sedang mencipta sesuatu yang bakal menjadi ikonik sepanjang zaman.. Dua kepingan wafer coklat yang mengapit krim vanila yang manis — gabungan yang nampak sederhana, tapi cukup untuk memikat hati berjuta orang selama bergenerasi.
Dari situ, OREO terus berevolusi. Reka bentuk ikoniknya — perkataan "OREO" yang dikelilingi motif hiasan — kini menjadi antara simbol jenama paling dikenali di seluruh dunia.
Hari ini, OREO dengan bangganya bernaung di bawah keluarga Mondelēz International — peneraju snek global yang komited menghasilkan snek yang tepat, pada masa yang tepat, dengan cara yang betul.
OREO tiba di Malaysia melalui Mondelez Malaysia, dan ia bukan sekadar menambah pilihan di rak biskut. Ia terus menjadi sebahagian daripada kehidupan kita — masuk ke dalam bekal sekolah anak-anak, dikongsi masa lepak bersama kawan-kawan, dan menghiasi meja perayaan ketika Hari Raya, Tahun Baru Cina, dan Deepavali.
OREO menjadi lebih istimewa di Malaysia kerana keupayaannya untuk memahami kita — berevolusi mengikut selera kita, meraikan apa yang kita raikan, dan sentiasa ada di saat-saat yang paling bermakna.

OREO sentiasa mencari cara baharu untuk hadir dalam hidup kita — dari kempen #Wonderfilled bersama Zee Avi pada 2015, pelancaran OREO Thins dan Cadbury Dairy Milk OREO pada 2017, kolaborasi Mini OREO x Jurassic World pada 2018, kelahiran OREO Red Velvet dan OREO Enrobed pada 2019, kempen Bake with OREO di bulan Ramadan 2020, #SayItWithOREO pada 2021, sehinggalah kolaborasi besar bersama BLACKPINK (2023), Pokémon (2024), dan BabyMonster (2025). OREO terus membuktikan jenamanya sentiasa relevan dan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia.



Di sebalik setiap bungkusan OREO, ada sesuatu yang lebih bermakna daripada sekadar snek. Ia tentang gelak ketawa bersama kawan-kawan di mamak. Ketenangan rutin harian selepas seharian penat bekerja. Kegembiraan melihat anak anda menikmati OREO pertama mereka — sama seperti yang pernah anda lakukan dulu. Dengan lebih 110 tahun warisan global dan tempatan Mondelez Malaysia, OREO terus berkembang bersama penggunanya — sentiasa menyesuaikan diri, berevolusi, dan menggembirakan di setiap langkah. Kerana kadang-kadang, momen paling sederhana — putar, jilat, dan celup — itulah yang paling bermakna.

Sentuhan mewah pada sarapan klasik dengan keenakan Oreo.

Pencuci mulut mudah daripada mentega kacang dan aiskrim di atas tapak Oreo.

Pencuci mulut menyejukkan daripada yogurt, strawberi dan Oreo sempurna untuk hari panas.
Terokai barisan lengkap biskut OREO kami — daripada kegemaran klasik hinggalah kejutan edisi terhad, maklumat pemakanan, dan tempat untuk mendapatkannya.